Saturday, April 25, 2020

Pantai Senok, Kelantan - Pulau Nami Malaysia




10.08.19 | Pantai Senok, Kelantan



Sehari sebelum menyambut Hari Raya Haji, saya bersama keluarga keluar mengambil angin ke Pantai Senok. Pantai ini terkenal dengan suasana yang seakan-akan di Pulau Nami di Korea 😍

Korang boleh  tengok sendiri susasana di sana  https://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264244

dan bandingkan dengan gambar-gambar yang kami ambil ni.
Abah 💓

Susah betul nak dapat gambar ni, sebab asyik ada orang yang lalu lalang

Terdapat gerai yang menjual layang-layang.


Rutin cuti semester saya, bekerja di Domino's Pizza berjalan seperti biasa. Hari itu, shift saya sebelah petang. Jadi, kami bertolak awal ke sana supaya sempat makan tengah hari di sana. Perjalanan dari rumah hanya mengambil masa setengah jam.


Di sini memang ramai pengunjung yang datang. Tapi keadaan pantai tidak sesuai untuk bermandi-manda. Sekadar untuk mengambil angin dan mendapatkan gambar-gambar yang cantik sebagai kenangan.


Kami juga tidak makan di situ kerana gerai jualan yang ada hanya menjual makanan yang sekadar untuk mengalas perut. Kami mencari kedai makan berhampiran.



Well spent time with family is the BEST time ever!!!